Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Tidak perlu pengecualian cukai, semua pihak mainkan peranan – Abdul Karim

BySalasiah Safian

KUCHING, 11 Julai: Pengecualian cukai untuk mengadakan konsert live di Sarawak adalah tidak diperlukan, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pihak penganjur perlu memainkan peranan masing-masing.

“Pihak kerajaan memerlukan cukai untuk bergerak ke hadapan. Selagi cukai itu tidak terlalu membebankan, ia adalah masih dapat diuruskan. Ia sama juga seperti harga tiket.

“Tetapi kenyataannya ialah kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh, pihak kerajaan menyedia fasiliti untuk mengadakan konsert dan pihak penganjur membayar sedikit cukai. Kalau semua percuma, atau  tak perlu bayar, macam mana kerajaan nak berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi memberikan komen berkenaan permintaan daripada Presiden Persatuan Penyelidikan dan Pembangunan Pergerakan Singai Sarawak (REDEEMS), Datuk Peter Nansian Nguise untuk pengecualian cukai bagi mengadakan konsert live di Sarawak.

Tambah beliau, perkara yang berkaitan cukai bukan di bawah bidang kuasanya tetapi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan