Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi bergambar bersama peserta Jelajah Integriti Siri 9/2023. Foto: TVS

Terap amalan integriti, tangani isu rasuah

MIRI, 11 Julai: Kerajaan Sarawak melalui Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) akan terus komited dalam menerapkan amalan integriti di segenap lapisan masyarakat amnya untuk mengekalkan pentadbiran yang berintegriti, bebas rasuah dan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, ini bagi menangani isu rasuah yang dilihat kritikal yang boleh membawa kerugian kepada Sarawak.

“Rasuah merupakan isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana ia boleh menyebabkan berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan bagi apa jua program atau projek yang dilaksanakan.

“Ini sudah tentu memberikan kerugian besar kepada negara dan Sarawak secara amnya,” katanya ketika mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin di Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 9/2023 di Hotel Pullman hari ini.

Tambah beliau, penjawat awam dilihat golongan berisiko terhadap rasuah terutamanya yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan maka, Unit Integriti dan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) berperanan besar bagi menguruskan mereka di dalam agensi kerajaan.

“Penjawat awam adalah golongan yang berisiko tinggi terhadap rasuah khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan. Justeru itu, saya berharap Unit Integriti di agensi kerajaan dan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha pembudayaan integriti sama ada di dalam agensi kerajaan dan dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi.

Tegas beliau, pemilihan pemimpin yang sesuai juga penting bagi memastikan integriti pada rekod dan penyata kewangan, menolak rasuah sama ada dalam mendapatkan kontrak atau pertolongan dan untuk memberikan maklumat apabila melihat ketidakjujuran berlaku.

Maka, Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) dan Jawatankusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu pemimpin di peringkat akar umbi masyarakat, harus memastikan tadbir urus baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab selain menjadi teladan kepada anak muda dan masyarakat pada amnya.

Gerawat juga berpesan kepada pihak KMKK dan JKKK untuk memantau dan memastikan projek pembangunan di kawasan mereka berjalan dengan lancar dan membuat laporan kepada agensi berkaitan sekiranya projek tersebut tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan supaya rakyat dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan