Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,424 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah. Foto: BERNAMA

Ribut petir, angin kencang diramal melanda Sarawak, Sabah mulai Khamis ini

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Julai: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di perairan barat Sabah dan utara Sarawak selama tiga hari.

Keadaan ini diramal berlaku dalam tempoh 13 hingga 15 Julai 2023, mulai Khamis ini.

“Keadaan itu diramal berlaku berikutan satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di barat Filipina dan bergerak ke arah barat laut menuju ke selatan China.

“Keadaan ini dijangka menyebabkan peningkatan kelajuan dan penumpuan angin baratan, berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, satu amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan yang berkuatkuasa pada 15 sehingga 18 Julai ini.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan