Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah menunjukkan salah satu gambar keluarga beliau selepas sesi temu bual khas semperna Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka di pejabatnya di Wisma Tun Jugah di Kuching pada Isnin. Foto: TVS

Pemimpin perlu bijak memanfaat fenomena globalisasi, perkasakan negeri

KUCHING, 11 Julai: Fenomena globalisasi kini melahirkan dunia semakin mengecil berikutan pelbagai maklumat boleh diperoleh dalam tempoh masa yang singkat secara hujung jari.

Situasi sedemikian diakui Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah kerana telah memberikan pelbagai implikasi sama ada daripada aspek politik, pendidikan bahkan melibatkan isu keselamatan sesebuah negara atau negeri.

Implikasi tersebut menurutnya akan mengakibatkan rakyat atau masyarakat mempersoalkan pelbagai perkara seterusnnya melakukan perbandingan tidak setara dengan apa yang dialami dengan apa yang dilihat.

“Kebanyakkannya mempunyai kesan serampang dua mata namun kebanyakkannya juga lebih menjurus kepada kebaikan yang memberikan banyak manfaaat.

“Bagaimana kita boleh mengatasi dan menangani kesan ini? …Dalam hal ini, kita perlu mempunyai pemimpin yang bijak, kerajaan yang stabil dan baik, taraf pendidikan yang tinggi, ekonomi yang sihat serta perpaduan dalam kalangan rakyatnya.

“Semua perkara inilah yang perlu kita ada dan jika kita lemah kita akan mudah terpengaruh dengan tekanan tersebut dan ia akan mengganggu.

“Jadi, semua tanggungjawab itu bukan hanya tergantung kepada pemimpin sahaja tetapi juga tergantung pada rakyat itu sendiri,” katanya ketika sesi temu bual khas sempena Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka di pejabatnya di Wisma Tun Jugah di sini pada Isnin.

Beliau dalam pada itu mengakui pemimpin yang ada ketika ini mempunyai kualiti tersendiri dalam memastikan fenomena globalisasi ini tidak mendatangkan pengaruh buruk kepada negeri.

Dasar-dasar yang digarap oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disifatkan beliau walaupun ke hadapan selari dengan fenomena globalisai namun ia berlandaskan tujuan untuk memastikan keterjaminan kualiti kehidupan rakyat di Sarawak.

Abang Johari jelas Leonard, mempunyai kelebihan dan kebolehan untuk mencipta visi untuk masa hadapan dengan harapan memperkasakan sumber-sumber yang tersedia ketika ini.

“Fokus beliau dalam ekonomi digital dan sumber tenaga hijau membuatkan beliau dihormati bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di Semananjung Malaysia, bahkan di Singapura, Korea, Jepun dan juga benua Eropah.

“Walaupun terdapat suara-suara sumbang mengatakan visi beliau terlalu jauh ke depan daripada apa yang dimiliki kini, namun saya fikir kita memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai visi bagaimana memperkasakan generasi kini di samping menyediakan landasan kepada generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan mereka,” tegasnya.

Leonard berkata, dasar-dasar tersebut telah membolehkan pembangunan dan pemerkasaan negeri dapat dilakukan sekali gus kekayaan negeri akan dapat dinikmati oleh semua rakyat Sarawak.

Perkara itu kata beliau lagi selaras dengan hasrat yang dimahukan oleh pemimpin terdahulu yang telah berusaha memperjuangkan kemerdekaan untuk Sarawak sebelum ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan