SERIAN, 11 Julai: Kayu tas atau lebih sinonim digelar kayu Lukai dalam kalangan masyarakat Sarawak amat dekat di hati warganya kerana permintaan tumbuhan hutan itu kian meningkat di pasaran.
Tinjauan TVS di sekitar pasar tamu Serian mendapati kayu Lukai itu sering digunakan untuk menghalau serangga terutama nyamuk malah, ada juga yang percaya ia nya boleh menghalau binatang buas serta mahkluk halus.
Menurut seorang peniaga, Sima Ahang, 58, permintaan untuk kulit kayu Selukai diakuinya telah menÂingkat sejak kebelakangan ini.
“Saya mendapat bekalan ini dari pembekal di Pasar Lachau dan untuk mencari kayu ini sangat susah (didapati) sebab itu saya selalu beli lima guni kerana dalam guni ada 250 batang sekali gus supaya saya ada bekalan yang mencukupi,” katanya.
Menurutnya lagi, cara-cara untuk menggunakan kayu Lukai ini dengan kaedah kayu tersebut akan dibakar pada waktu petang, teruÂtama dari jam 5.30 petang hingga 7 malam iaitu ketika cuaca kurang baik.
“Cara untuk membakarnya ialah kita ikat secara terbalik dan tak perlu dibakar dengan banyak, (namun) ia cukup dibakar dihujungnya sahaja dan ia akan mempunyai aroma yang lebih wangi seperti bau rempah,” ujarnya. -TVS