Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap keitka menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Sembilan di Seremban pada Isnin. Foto: Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin (FB).

KPT tumpu usaha tingkat capaian internet di universiti

ByBernama

SEREMBAN, 11 Julai: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi keutamaan kepada usaha untuk menaik taraf rangkaian, merangkumi peluasan dan peningkatan liputan WiFi di semua universiti awam di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi tujuan itu kementerian telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi melaksanakan projek berkenaan khasnya di beberapa universiti yang mengalami masalah dan tiada capaian Internet.

“Tidak dinafikan di sesetengah tempat memang ada gangguan atau tiada capaian Internet. Kementerian telah mengenal pasti tempat untuk menangani masalah tersebut,” katanya tanpa mengulas lanjut tentang jumlah peruntukan yang dimohon serta universiti terlibat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Sembilan yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail, pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta KPT akan melaksanakan tindakan segera bagi memastikan kesalinghubungan di kampus ditambah baik.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Kolej Komuniti berperanan sebagai penghakupayaan masyarakat setempat selain menjadi institusi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat sekeliling menerusi pelbagai program kemahiran ditawarkan.

“Kolej Komuniti memberi peluang kedua kepada masyarakat setempat menerusi tawaran program kemahiran dan sijil. Ia merupakan satu instrumen penghakupayaan masyarakat melalui kursus-kursus pendek,” katanya.

Selain itu, katanya Kolej Komuniti juga menjadi ejen perubahan masyarakat dan mahu institusi itu terus diperkasa demi menggalas agenda negara serta menjadi nadi masyarakat setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan