Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi penyerahan panji Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liew kepada Pemangku Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari disaksikan ADUN Tebedu, Dr Simon Manang Bada. Foto: Connie Grace (TVS))

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka platform semarakkan semangat perpaduan

ByConnie Grace

SERIAN,11 Julai: Program Konvoi Kembara Sarawak Merdeka menjadi platform terbaik menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Manang Bada berkata, kumpulan konvoi yang singgah dan melalui di setiap daerah dapat menyemarakkan semangat cintakan negara dan negeri bersempena Sambutan Kemerdekaan Sarawak yang ke-60 tahun.

“Sepanjang konvoi ini berlangsung beberapa kawasan akan kita jelajah dan saya percaya menerusi program ini kita sudah menghantar mesej kepada semua orang di kampung supaya sentiasa mencintai negeri kita.

“Dengan perasaan cinta tersebut maka kita berharap setiap individu akan memainkan peranan masing-masing untuk membantu negeri kita bagi menyumbang supaya negeri kita akan menjadi negeri yang maju seperti yang diilhamkan pemimpin-pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas Majlis Penyerahan Bendera Sarawak kepada Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liew kepada Pemangku Pegawai Daerah Siburan, Ranum Bari di sini, hari ini.

Katanya, beliau teruja menerima kumpulan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka ini ke kawasannya kerana beliau ingin memperkenalkan Daerah Tebedu atau Bandar Mutiara ini sebagai lokasi pelancongan yang boleh di kunjungi.

Menurutnya, di Tebedu ada beberapa lokasi dan program yang sudah dirancang bagi menarik pengunjung ke kawasan itu.

“Untuk DUN Tebedu ini saya rasa bila sebut megenai budaya, Bidayuh merupakan satu kaum kaya dengan adat resam, kawasan Tebedu merupakan menarik untuk dilawat oleh pelancong, kedua, kita telah dan akan menganjurkan program beransurkan ‘adventure” seperti Serian Rafting Challenge pada September ini, manakala pada Ogos depan, Serian Eco Run yang bakal menyediakan beberapa halangan untuk para peserta kerana route untuk ini nanti akan merentasi kawasan hutan, kawasan sungai dan pemandangan alam semula jadi yang amat menarik,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan