Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menyerahkan plak penghargaan kepada Pengurus Besar Pemasaran dan Komunikasi Sarawak Media Group (SMG) Amirin Arsyan yang telah wakili TVS sebagai penaja bersama untuk Festival Maal Hijrah 1446H/2024. Foto: Diana Jayaseelan (TVS)

Festival Maal Hijrah LAKMNS diadakan mulai 28 – 30 Julai ini

ByDiana Jayaseelan

KUCHING,11 Julai: Festival Maal Hijrah 1446H/2024 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023, di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, penganjuran festival itu merupakan salah satu inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan tahun baharu hijrah dan tema tahun ini adalah ‘Kelestarian dan Kesejahteraan Ummah’.

Katanya, penganjuran festival itu adalah berdasarkan beberapa objektif penting dan antaranya ialah untuk mengimarahkan masjid sebagai Pusat Sehenti, serta mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai agama melalui program-program yang bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya.

“Banyak program yang kita rancang seperti e-sports yang menarik perhatian masyarakat dari pelbagai latar belakang umur dan agama. Kita juga hendak jadikan masjid macam zaman Rasulullah. Sudah tentu program ini akan mematuhi syariah.

“Ini adalah antara usaha LAKMNS untuk mengimarahkan masjid sebagai Pusat Sehenti, serta mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai agama melalui program-program yang bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya,” katanya pada sidang media sempena Festival Maal Hijrah 1445H/2023M bertempat di Galeri LAKMNS Baitul Makmur II, hari ini.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah Malam Cinta Rasul yang akan menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre, Kembara Berbasikal, Hijrah Run, Pameran Kerjaya dan Pendidikan, dan pelbagai jenis pertandingan seperti badminton, tenpin boling, e-sport dan sebagainya.

Turut menaja program ini ialah syarikat Lubuk Tiara Sdn. Bhd., Hock Seng Lee Berhad, dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) sebagai penaja diamond, Senari Synergy Sdn Bhd sebagai penaja platinum manakala media rasmi ialah Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS), TV Sarawak (TVS) dan akhbar Suara Sarawak.

Bagi yang berminat atau ingin membuat sebarang pendaftaran berkaitan program ini, jangan lupa untuk layari fmh2023.online untuk mendapatkan maklumat yang lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan