BANGKOK, 11 Julai: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan sepuluh lagi cedera akibat dihempap runtuhan galang pembinaan di Lat Krabang, di sini pada Isnin, lapor polis.
Galang itu merupakan sebahagian daripada projek untuk membina lebuh raya bertingkat bagi mengurangkan kesesakan dalam bandar itu.
Menerusi video yang dikongsi Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana negara itu, platform logam besar yang disambungkan ke bahagian lebuh raya yang belum siap bergegar lalu runtuh, jatuh ke tanah.
“Kami belum tahu lagi punca kemalangan itu,” kata Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt ketika ditemui pemberita.
Chadchart berkata punca kejadian masih disiasat, sebelum memulakan semula operasi.
“Kami mengutamakan keselamatan terlebih dahulu. Kami akan mula mencari dengan teliti,” katanya.
Sebelum ini, kemalangan seperti itu pernah berlaku di Thailand, dengan sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas sebuah bangunan runtuh semasa pembinaan.
Insiden runtuhan galang itu mendorong kumpulan buruh untuk kembali membuat bantahan.
Sebelum ini mereka pernah buat bantahan sama mengenai standard keselamatan yang longgar dan gaji rendah di tapak pembinaan. – TVS