Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NHK berjaya merangkul dua anugerah bagi Anugerah Asiavision 2023. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Dua laporan NHK menang Anugerah Asiavision 2023

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Julai: Perbadanan Penyiaran Jepun (NHK) tidak pulang ke negara matahari terbit itu dengan tangan kosong setelah berjaya meraih dua daripada sembilan anugerah di Anugerah Asiavision 2023.

Dua anugerah tersebut ialah Pelaporan Antarabangsa Terbaik bagi laporan Konflik Sivil di Myanmar dan Pelaporan Terbaik Berita Tergempar berkenaan Pembunuhan Bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Penyunting Video NHK, Kichijo Masaki berkata, penganugerahan itu menjadi satu dorongan kepada mereka untuk memberikan laporan terbaik kepada penonton di seluruh Asia.

“Saya berbesar hati menerima dua anugerah ini. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh dan cuba meraih lebih banyak anugerah pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui TVS pada Anugerah Asiavision 2023, hari ini.

Katanya, pihaknya juga berhasrat untuk mendapatkan rakaman berita di seluruh Asia, selain terus memenuhi keperluan penonton serantau.

Sementara itu, RTM Malaysia turut dianugerahkan dengan Pelaporan Sukan Terbaik bagi laporan pertandingan Johor Ironman Cabar Peserta.

Anugerah Asiavision diberikan kepada ahli Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) yang menyumbang kepada liputan berita yang cemerlang dan berkualiti tinggi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung (ABU) Ahmed Nadeem memaklumkan anugerah itu adalah sebagai motivasi dan galakan kepada ahli ABU yang menyediakan liputan berita untuk platform berkenaan. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found