Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki bersama untanya mengharungi jalan yang dinaiki air selepas hujan monsun lebat di Pushkar,Rajasthan, India pada 10 Julai 2023. Foto: AFP. 

Banjir di India, 29 terkorban

ByAFP

NEW DELHI, 11 Julai: Hujan lebat berhari-hari di utara India menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terkorban dan menyebabkan banyak kawasan tidak dapat diakses berikutan jambatan rosak dan jalan raya terhalang, kata pegawai.

Rakaman televisyen menunjukkan banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat telah menghanyutkan kenderaan, merobohkan bangunan selain meruntuhkan jambatan di negeri Himachal Pradesh, kawasan paling teruk terjejas.

“Dalam dua hari lepas, angka kematian akibat hujan monsun meningkat kepada 20 orang di Himachal Pradesh,” kata Omkar Sharma, pegawai kanan yang mengetuai pengurusan bencana di negeri itu.

Sembilan lagi kematian dilaporkan di Rajasthan, Uttar Pradesh dan wilayah Himalaya di Uttarakhand dan Kashmir. Ia menjadikan jumlah mereka yang terbunuh sekurang-kurangnya 29.

Ketua Menteri Himachal Pradesh Sukhvinder Singh Sukhu menyatakan “kesedihan” atas kematian itu dan berkata kerajaan “meneruskan usaha berterusan” bagi menangani situasi itu.

Pihak berkuasa sedang menunggu untuk menghantar misi helikopter untuk menyelamatkan kira-kira 300 individu yang terkandas termasuk pelancong di kawasan Himachal Pradesh di Lahaul-Spiti dan Kullu.

Jabatan Meteorologi India meramalkan lebih banyak hujan di sebahagian besar utara negara itu beberapa hari akan datang.

Sekolah-sekolah di New Delhi ditutup pada Isnin berikutan hujan lebat dalam tempoh empat dekad. Ibu kota itu berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila sungai Yamuna menghampiri paras bahaya, dengan banyak jalan mula dipenuhi air.

Jalan-jalan dan kawasan kejiranan di negeri Punjab juga dipenuhi air hujan paras lutut.

Data rasmi menunjukkan hujan di seluruh negara pada minggu pertama bulan Julai merekodkan kira-kira dua peratus lebih banyak hujan daripada biasa. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan