JAKARTA, 11 Julai: ASEAN berada dalam kondisi yang baik untuk menyelesaikan pelbagai isu berikutan banyak pendapat bahawa ahli persatuan itu tidak mempunyai satu suara dalam membuat keputusan.
Itu disampaikan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang tiba di Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-56 (AMM ke-56) dan beberapa mesyuarat lain.
Menurut Zambry, hubungan antara anggota ASEAN secara keseluruhannya sangat baik dan semangat kebersamaan sentiasa terpelihara.
“Ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk kita menetapkan hala tuju ASEAN pada masa hadapan, kita sebenarnya boleh memberikan natijah atau keputusan yang baik,” katanya kepada media selepas mesyuarat itu.
Beliau turut menegaskan semangat itu masih sangat kuat mendasari setiap bentuk tindakan dan perancangan yang perlu dilakukan dalam usaha memelihara ASEAN sebagai rantau yang aman, rantau yang stabil dan rantau yang membawa kemakmuran.
Zambry memulakan lawatannya dengan mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang membincangkan ratifikasi protokol perjanjian dengan Negara Senjata Nuklear (NWS).
Berdasarkan kedudukan dan pendekatan Malaysia, NWS diharapkan menandatangani perjanjian untuk meratifikasi protokol itu tanpa pengecualian untuk memastikan keamanan di rantau ASEAN. -TVS