Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rainforest World Music Festival antara aktiviti pelancongan yang menarik kehadiran pengunjung dari luar negara memasuki Sarawak. Foto fail: TVS

Sarawak optimis catat lebih tiga juta pelancongan menjelang akhir tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Sarawak mencatatkan kemasukan 1.6 juta pelancong bermula Januari hingga Mei lepas dan optimis jumlah itu akan melepasi sasaran tiga juta menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kami yakin akan melepasi sasaran tiga juta (kemasukan pelancong). Kami merancang banyak aktiviti tahun ini (khususnya) akan datang AIFFA (Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa) pada Ogos,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan AIFFA 2023 KL di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini hari ini.

Sarawak yakin capai tiga juta pelancong menjelang hujung tahun

Sarawak merekodkan 2.02 juta pengunjung tahun lepas.

Abdul Karim berkata Sarawak bersedia menjadi hab serantau bagi jemaah umrah dari Borneo ke Arab Saudi, sekali gus meningkatkan lagi jumlah kemasukan pelancong.

Lembaga Pelancongan Sarawak melancarkan Kuching Umrah Gateway pada Oktober tahun lepas (penerbangan pertamanya dijadualkan pada 29 Ogos ini dari Kuching ke Jeddah) bagi menarik jemaah umrah dari wilayah berdekatan seperti Kalimantan, Brunei dan selatan Filipina.

Sementara itu, edisi keenam AIFFA akan berlangsung di Kuching pada 2 hingga 4 Ogos ini.

Festival dwitahunan yang mula dianjurkan pada 2013 itu pernah menyaksikan kehadiran pelakon antarabangsa terkenal seperti Jackie Chan pada 2015, Donnie Yen (2017) dan Steven Seagal (2019). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan