Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Jantung Sarawak. Foto: Sarawakheart.

Pusat Jantung Sarawak diiktiraf antara 100 hospital terbaik di rantau Asia Pasifik

ByDayu Adruce

KUCHING, 10 Julai: Majalah Newsweek telah menyenaraikan Pusat Jantung Sarawak antara 100 hospital terbaik di rantau Asia Pasifik.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dalam kenyataannya berkata, Pusat Jantung Sarawak merupakan satu-satunya hospital awam dari Malaysia yang disenaraikan sebagai hospital terbaik dalam bidang kardiologi.

Pusat Jantung Sarawak antara 100 hospital terbaik

“Saya sangat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang menjadikan pusat jantung ini antara hospital terbaik di rantau Asia Pasifik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan setugas yang sama-sama memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Ini merupakan pertama kalinya, majalah Newsweek mengiktiraf hospital terkemuka di rantau Asia Pasifik, merangkumi Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan