Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki dan seorang wanita berdepan 21 pertuduhan berkaitan kes penipuan pembelian dan pembinaan rumah, membabitkan kerugian RM883,670. Foto hiasan, Envato.

Lagi kes penipuan dalam talian, dua wanita lesap lebih RM500,000

ByDayu Adruce

KUCHING, 10 Julai: Dua wanita mengalami kerugian lebih RM500,000 setelah menjadi mangsa penipuan dalam kejadian berasingan melibatkan penipuan pelaburan dan tawaran kerja tidak wujud. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, dua kejadian itu berlaku di Kuching dan Sibu. 

Menurutnya, kes pertama membabitkan seorang wanita berusia 62 tahun yang merupakan seorang penyelia sebuah syarikat di Kuching. 

Datuk Mohammad Azman Ahmad Sapri.

“Pada Mei 2023, mangsa telah menerima mesej daripada orang yang memperkenalkan diri sebagai Miss Wong mengajak mangsa menyertainya dalam pelaburan yang memberi keuntungan 20 peratus akan diperolehi dalam tempoh 240 saat mengikut jumlah wang yang dilaburkan. 

“Mangsa yang berminat kemudian melakukan transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM212,100.00 ke tujuh akaun bank yang berbeza antara 11 Jun 2023 sehingga 4 Julai 2023 seperti yang diarahkan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ujarnya, mangsa hanya menyedari ditipu setelah beliau gagal mengeluarkan wang pelaburan serta keuntungan melalui sistem berkenaan.

Sementara itu, kes kedua pula berlaku di Sibu melibatkan wanita berusia 22 tahun yang merupakan seorang pelajar sebuah universiti.

Menurutnya, mangsa telah diperkenalkan oleh kenalannya melalui aplikasi telefon pintar untuk melakukan kerja sambilan secara dalam talian yang menawarkan komisyen lumayan sebanyak lima peratus dengan cara membuat pesanan barangan dalam talian.

“Mangsa kemudian dikehendaki menghubungi ‘admin’ melalui aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan link barangan dari aplikasi.  

“Seterusnya mangsa dikehendaki membuat pembayaran barangan ke nombor akaun yang diberikan ‘admin’ dalam tempoh 20 minit sebelum komisyen dikreditkan ke akaun mangsa dalam masa 10 – 15 minit,” ujarnya. 

Mangsa telah melakukan transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM328,454.42 ke tujuh akaun bank berbeza antara 18 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023 bagi tujuan melengkapkan pesanan barangan untuk mendapatkan komisyen. 

Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu setelah gagal mendapatkan semula wang miliknya, tidak pernah menerima komisyen yang dijanjikan dan suspek juga gagal dihubungi lagi.  

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan hanya melabur di platform yang betul dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan di laman web atau media sosial syarikat tersebut terlebih dahulu tentang sesuatu pekerjaan yang ditawarkan. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan