Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato.

Itu video lama, aksi polis trafik tendang penunggang motosikal diviral semula

ByDayu Adruce

KUCHING, 10 Julai: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengesahkan video aksi seorang polis trafik menendang penunggang motosikal yang viral di media sosial adalah video lama.

Menurutnya, insiden yang berlaku pada 25 Ogos 2020 telah tular semula di media sosial mengundang pelbagai reaksi warganet.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohammad Azman Ahmad Sapri.

“Insiden tersebut telah ditularkan semula di media sosial pada 4 Julai 2023 melalui Facebook. PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam berkongsikan maklumat atau menyebarkan sesuatu insiden yang telah lama berlaku.

“Ini boleh mencetuskan kegusaran dan panik dalam masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kes berkenaan telah selesai dan anggota berkenaan telah diambil tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Penunggang motosikal tersebut juga telah dikeluarkan saman atas kesalahan tiada lesen memandu dibawah Sek. 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk saman lain atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, melawan arus trafik dan ubahsuai ekzos setelah diperiksa.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi undang undang dan peraturan lalulintas yang berkuatkuasa. 

Ujarnya, PDRM tidak akan berkompromi dengan mereka yang gagal mematuhi undang undang jalanraya bagi memastikan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan