Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Abdul Rahman ketika ditemui media Majlis Penutupan Karnival e-Sukan. Foto: TVS.

Sokongan kerajaan bantu kembangkan e-sukan

LIMBANG, 9 Julai: Sokongan berterusan daripada kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan amat diperlukan dalam merancakkan serta memperkembangkan industri e-sukan dan sub-sektor sukan berkenaan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda di Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, industri e-sukan kini semakin berkembang dan diminati sekali gus perlu dikembangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, Kementerian Belia dan Sukan di peringkat persekutuan dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak perlu meningkatkan lagi pendedahan sektor e-sukan kerana potensinya untuk menjana pendapatan baharu kepada masyarakat dan negara.

“Saya minta kepada kementerian yang berkaitan secara langsung iaitu Kementerian Belia dan Sukan peringkat persekutuan dan juga Kementerian Belia dan Sukan negeri supaya dapat membantu usaha kita di Limbang untuk memperkasakan lagi sukan e-sukan ini.

“Yang Berhormat dan kerajaan melalui sokongan Kementerian Belia dan Sukan amat diperlukan dalam merancakkan serta memperkembangkan industri e-sukan dan sub-sektor sukan berkenaan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penutupan Karnival E-Sukan di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang hari ini.

Katanya, industri e-sukan kini menjadi fenomena baharu dalam kalangan anak muda dan dilihat mempunyai prospek terbaik bagi pembangunan sukan negara.

“Menandangkan sukan e-sukan ini mendapat sambutan yang semakin meningkat dalam kalangan peminat-peminat pelbagai peringkat umur daripada sekolah rendah, menengah dan universiti dan orang tua pun main yang mana mereka menggunakan tenaga minda bukannya tenaga fizikal.

“Memang e-sukan ini sangat popular pada masa ini dan diiktiraf oleh kejohanan-kejohanan sukan di peringkat negeri dan juga antarabangsa termasuk Kejohanan SUKMA dan Sea Games,” ujarnya.

Turut sama pada program itu ialah wakil Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang Zaini Abdul Talib dan Pengerusi Kelab Sukan Elektronik Bobook Limbang, Amirol Azizi atau Abim.

Sebanyak 29 pasukan menyertai sukan PUBG, 28 pasukan menyertai mobile legends dan sukan e-football disertai 20 pasukan termasuk dari negara jiran Brunei Darussalam. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan