Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada majlis Karnival Gawai Redeems 2023 malam tadi. Foto: TVS

Sarawak letak dua syarat ambil alih MASwings

BAU, 9 Julai: Kerajaan Sarawak meletakan dua syarat utama sebelum sebarang urusan pengambilalihan sepenuhnya MASwings untuk dijadikan syarikat penerbangan butik negeri itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dua syarat tersebut adalah syarikat tersebut mestilah tidak mempunyai beban hutang yang boleh menjejaskan kemampuan kewangannya dan ia mesti dibenarkan untuk melakukan penerbangan serantau.

Kerajaan Sarawak meterai MOU dengan MAG, mulakan perbincangan pengambilalihan MASWings

“Kalau hanya di Borneo mana boleh, kita mahu terbang di kawasan serantau seperti penerbangan Kuching-Bangkok, Kuching-Jakarta, Kuching-Singapura atau Kuching-Hong Kong.

“Ia harus ada hubungan terus dan sebab itu saya kata, kita harus mempunyai syarikat penerbangan butik kita sendiri.

“Namun ada suara-suara mengatakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak boleh meraih keuntungan, namun mereka lupa ini adalah aliran ekonomi, mesti ada pulangan terhadap pelaburan (ROI) apabila kita menubuhkan syarikat penerbangan butik kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikikan ketika berucap pada majlis Karnival Gawai Redeems 2023 di sini, malam tadi.

Sarawak bakal ambil alih MASwings jadi syarikat penerbangan butik – Abang Johari

Abang Johari berkata, selain memastikan pulangan pelaburan, syarat tersebut juga diletakkan supaya syarikat penerbangan itu kelak lebih kompetatif setanding dengan syarikat penerbangan sedia ada yang beroperasi di kawasan serantau.

Bagaimanapun tegas beliau, kesemua perkara tersebut tidak akan menjejaskan tujuan asal penubuhan syarikat penerbangan butik tersebut yang mahu memastikan kestabilan harga tiket penerbangan ke Sarawak atau keluar Sarawak terutamanya ketika musim perayaan.

Situasi itu bukan sahaja dapat mengurangkan keresahan rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman ketika perayaan, malah turut menangani isu kenaikan harga tiket penerbangan ketika musim puncak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan