Ketua jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid berkata, walaupun berjaya meraih tiga mata, namun beliau mengakui aksi 90 minit anak buahnya pada perlawanan malam tadi kurang menonjol berikutan keadaan padang yang terjejas akibat hujan lebat.
“Saya bersyukur…walaupun ada perlu diperbaiki. Permainan (malam tadi) bukan sesuatu yang cantik sebab situasi padang.
“Agak mengecewakan sebab gol-gol yang kita terlepas itu tak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.
Ketua Jurulatih Kelantan FC, Angel Alfredo Vera berkata, situasi hujan lebat turut mengganggu aksi anak buahnya dalam usaha menidakkan kemenangan skuad Harimau Kumbang di laman sendiri.
“Kita berjaya menjaringkan tiga gol tetapi hujan lebat telah menganggu permainan. Kita akan cuba memperbaiki kekurangan untuk perlawanan seterusnya…kita akan memberikan motivasi kepada pemain,” katanya.
Penang FC yang berada di tangga kesembilan liga akan bertandang ke Stadium MBPJ pada 15 Julai untuk berdepan Selangor FC. -TVS