Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran bilik sebuah unit flat di Taman Pantai Bersih di sini menyebabkan seorang budak lelaki dua tahun maut hari ini. Foto: JBPM.

Kanak-kanak lelaki 2 tahun maut dalam kebakaran bilik

ByTVS

BUTTERWORTH, 9 Julai: Seorang kanak-kanak lelaki terkorban dalam kebakaran bilik tidur sebuah flat di Taman Pantai Bersih di sini, hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Mohd Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.29 pagi.

Ujarnya, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran berlaku di sebuah unit di tingkat dua pangsapuri empat tingkat itu.

“Kebakaran membabitkan sebuah bilik berkeluasan 10 x 10 kaki (9.3 meter persegi) dengan anggaran kemusnahan 20 peratus.

“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak berusia dua tahun berada di dalam bilik dan telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan