Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian (tengah) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain selepas acara penyerahan cenderahati kepada ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) dalam Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-133 KCGCCI. Foto: TVS

Pemain industri diseru berganding bahu bangunkan agenda hijau negeri – Dr Sim

ByRegina Lee

KUCHING, 8 Julai: Penglibatan daripada setiap pemain industri perniagaan dan perdagangan diperlukan dalam memacu aspirasi Kerajaan Sarawak menuju ke arah agenda hijau.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, usaha itu memerlukan dana pelaburan dan tenaga kerja yang banyak untuk merealisasikannya menjelang 2030.

“Agenda hijau ini tidak sahaja tertumpu kepada hidrogen, ia termasuk tenaga solar, industri minyak dan gas dan kuasa hidroeletrik.

“Sehubungan itu, saya menyeru pemain industri untuk mengetahui hala tuju Sarawak supaya kita boleh bekerjasama memajukan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-133 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) di Hotel Pullman pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Sim berkata jumlah peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan melalui inisitiatif tenaga hijau yang akan tertumpu di Sarawak sekali gus boleh menjana kira-kira 200,000 peluang pekerjaan.

Ini susulan hasil pendapatan negeri tahun ini menurut beliau sudah mencecah sasaran hasil pendapatan tahun 2022 dalam tempoh enam bulan.

“Untuk enam bulan pertama 2023, hasil pendapatan yang telah tercapai hampir sama pada tahun 2022 dan ini disebabkan oleh kestabilan politik negeri serta kepimpinan jitu Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya berharap semua pihak dapat teruskan usaha ke arah era kegemilangan Sarawak menjelang 2030,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan