Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong pegawai perubatan terkorban selepas ambulans dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah hari ini. Foto hiasan Envato

Mayat tanpa identiti ditemui terapung diikat dengan tali

ByTVS

NIBONG TEBAL, 8 Julai: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun, Simpang Ampat di sini pada Jumaat.

Mayat tanpa identiti dalam keadaan berikat dengan tali pada kaki dan tangan itu dijumpai orang awam sebelum melaporkan kepada polis kira-kira pukul 11.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, mayat tersebut turut didapati diikat tali pada leher bersama satu bongkat batu.

“Siasatan turut mendapati terdapat kesan terbelah pada perut si mati dipercayai dicederakan dengan senjata tajam.

“Mayat ditemui dalam keadaan mengenakan kemeja-T lengan pendek berkolar berwarna merah bersama seluar boxer berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identiti tersebut dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Bakap di sini bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau mereka yang kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Hafiz Mohd Noor di talian 019-465 0777 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (04-585 8222) bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan