Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah (duduk), menulis buku pelawat Jabatan Imigresen Bahagian Limbang. Foto: TVS.

Kerjasama kukuh Sarawak dan Brunei, beri manfaat sektor perniagaan dan perdagangan

LIMBANG, 8 Julai: Hubungan dua hala dan kerjasama kukuh antara Sarawak dan negara Brunei Darussalam memberi manfaat kepada kedua negara khususnya dalam membangunkan sektor perniagaan dan perdagangan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hubungan baik antara kedua-dua negara terbabit sejak dulu lagi terus diperkukuhkan bukan sahaja di peringkat kerajaan, malah antara masyarakat yang mempunyai hubungan tali persaudaraan.

Katanya, keakraban dan hubungan mesra kedua-dua negara juga mencerminkan komitmen padu antara kedua-dua kerajaan untuk menjalin kerjasama dan hubungan diplomatik dalam pelbagai sektor dan pendekatan saling kebergantungan yang memberi manfaat bersama.

“Kita mempunyai hubungan yang begitu erat sekali di antara Malaysia lebih-lebih lagi negeri kita Sarawak dengan negara Brunei bukan saja hubungan di peringat kerajaan, hubungan di peringkat rakyat itu begitu erat sekali.

“Malahan ramai di antara kita ini termasuk di negara Brunei itu sendiri yang mempunyai hubungan kekeluargaan di antara satu dengan yang lain,” katanya ketika berucap pada program Penangguhan Friendship Bridge 5KM Fun Run 2023 di Dewan Serbaguna Kampung Pahlawan, Limbang hari ini.

Awang Tengah sempat melihat pameran agensi kerajaan pada Program Fun Run. Foto: TVS.

Turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah, wakil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Erazazila Abdullah, wakil Konsul Agung Negara Brunei, Thomas Ling, Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu menambah lagi hubungan rapat ini akan membolehkan sektor perdagangan dan perniagaan dimajukan.

“Kita juga mempunyai hubungan yang rapat di peringkat hubungan perdagangan daripada dulu lagi, hubungan perniagaan, perkhidmatan di antara kita dengan Brunei Darussalam itu begitu baik sekali, malahan ramai juga di antara masyarakat kita yang bekerja di negara Brunei,” katanya.

Hubungan baik ini kata Awang Tengah akan terus dipelihara, malah Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi komitmen sama untuk mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang yang memanfaatkan kedua-dua pihak.

Seramai 361 peserta menyertai acara Fun Ride itu termasuk 16 peserta dari negara jiran Brunei dan dua peserta dari Indonesia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan