Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dulu MASwings, kini AirBorneo. Foto fail BERNAMA

Kerajaan Sarawak meterai MOU dengan MAG, mulakan perbincangan pengambilalihan MASWings

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Kerajaan Sarawak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk MASWings Sdn Bhd, bagi membincangkan pengambilalihan syarikat penerbangan serantau itu.

MoU itu juga bertujuan mewujudkan parameter yang jelas, mentakrifkan skop, menetapkan garis masa, dan memudahkan proses pengambilalihan yang lancar, menurut kenyataan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, sempena lawatannya ke Khazanah Nasional Bhd semalam.

Lee mengetuai delegasi dari negeri itu dengan objektif utama untuk memberi taklimat kepada Khazanah mengenai cadangan pengambilalihan MASWings.

Delegasi itu merupakan susulan daripada pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 30 Jun 2023, yang berlangsung di Putrajaya.

Mesyuarat itu turut membincangkan isu penyambungan laluan udara sedia ada yang menjejaskan Sarawak, terutamanya penerbangan terus antarabangsa.

Sarawak kini hanya mempunyai tiga laluan antarabangsa secara terus iaitu Singapura, Bandar Seri Begawan dan Jakarta.

“Oleh itu, terdapat keperluan untuk usaha bersepadu bagi mewujudkan lebih banyak laluan antarabangsa secara terus untuk mempromosikan pelancongan, perdagangan dan pelaburan.

“Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri melalui pengambilalihan MASWings,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan