Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang juruwang wanita mengalami kerugian berjumlah RM7,000 akibat diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram. Gambar hiasan.

Juruwang wanita rugi RM7,000 terjerat pelaburan tidak wujud

SIBU, 8 Julai: Gara-gara mahu mendapatkan keuntungan berlipat ganda, seorang juruwang wanita mengalami kerugian berjumlah RM7,000 akibat diperdaya sindiket penipuan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Telegram.

Wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20-an berkenaan tampil membuat laporan polis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertarik dan mengikuti pelaburan berkenaan melalui satu kumpulan ‘Godfather 2.0’ di aplikasi Telegram pada Februari lalu.

Katanya, suspek telah menawarkan mangsa untuk membuat pemindahan wang bagi tujuan pelaburan dan menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM30,000.

“Tanpa menyemak terlebih dahulu, mangsa yang percayakan suspek bersetuju untuk membuat pembayaran pelaburan sebanyak tiga kali transaksi ke dalam tiga akaun tempatan yang berlainan sepertimana yang diarahkan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, mangsa berasa curiga apabila diminta untuk membuat pemindahan sekali lagi sebanyak RM6,000 untuk tujuan pemprosesan.

Berikutan itu, mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Berhati-hatilah dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan atau pulangan yang tinggi. Semak juga status sesuatu pelaburan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) agar tidak terpedaya,” katanya.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM. Semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui boleh dibuat melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan