Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bersama pemimpin parti bergambar bersama ribuan ahli dan penyokong  parti pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau/Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan, hari ini. Foto: CMO.

Jangan cuba perlekeh hala tuju Sabah Maju Jaya – Hajiji

ByTVS

KINABATANGAN, 8 Julai: Jangan cuba memperlekehkan cogan kata rasmi Sabah Maju Jaya, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, cogan kata tersebut merupakan hala tuju negeri dalam memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosiobudaya di negeri itu.

“Kita pilih nama SMJ kerana ia terletak di jata negeri sejak awal kemerdekaan kita lagi, cogan kata itu martabatkan lagi dan memperkasakan lagi negeri kita.

“Ini SMJ pun jadi kritikan, mereka yang dengki dengan kita, mereka dulu pun tiada hala tuju, kerana itu selalu mereka mempunyai fikiran negatif cakap SMJ jalan berlubang, SMJ air tiada,” katanya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) secara simbolik menerima penyerahan borang keahlian Gagasan Rakyat  daripada Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Sukau, Dato’ Juhari Janan pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau/Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan, hari ini. Foto: CMO.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Himpunan Gagasan Rakyat di Sukau, Kinabatangan, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau, Dato’ Juhari Janan dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lamag, Abu Bakar Gapar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan