Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ding Kuong Hiing menyampaikan insentif kepada pelajar cemerlang dalam Ekspo Pendidikan Peringkat Daerah Meradong hari ini. Foto: TVS.

Insentif galakan lonjak prestasi akademik pelajar Meradong

BINTANGOR, 8 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berazam untuk meneruskan pemberian insentif sebagai galakan kepada pelajar di kawasan itu meraih pencapaian cemerlang dalam akademik.

Beliau berkata, pelajar daerah Meradong mempunyai potensi besar berikutan pencapaian terbaik mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Malah ujarnya, prestasi akademik pelajar Meradong juga cukup memberangsangkan walaupun sebahagian besar mereka dari kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Secara keseluruhan, saya boleh menyifatkan pencapaian mereka sama ada dalam SPM atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) memang cukup membanggakan.

“Saya yakin pencapaian ini boleh dikekalkan melalui pelbagai usaha lain termasuk sokongan ibu bapa, prasarana sekolah yang baik, di samping pemberian insentif kepada pelajar cemerlang,” katanya ketika menghadiri Ekspo Pendidikan Peringkat Daerah Meradong hari ini.

Pada majlis yang sama, seramai 104 orang pelajar SPM 2022 daerah Meradong menerima insentif pelajar cemerlang.

Dalam pada itu, Kuong Hiing berkata, kerajaan melalui Yayasan Sarawak melaksanakan pelbagai pendekatan dalam usaha memastikan pelajar di negeri ini tidak tercicir dalam arus pembangunan.

“Selain institusi pengajian tinggi, kita juga menyediakan institusi kemahiran bagi memberi peluang kepada anak-anak Sarawak membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi, Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang, Setiausaha Majlis Daerah Meradong Julau, Wan Mahmad Wan Badhi dan Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Sharifah Idawati Wan Ahmad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan