KUCHING, 6 Julai: Sarawak kini telah mencapai status negeri berpendapatan tinggi di Malaysia, menurut ciapan Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi di Twitter.
We (World Bank) just released our latest high income data. 83 / 218 countries are now high income. Newest entrants: Guyana & American Samoa
— Apurva Sanghi (@ApurvaSanghi) July 6, 2023
While Malaysia's quest to join the high income club continues, there is one nice surprise:
SARAWAK is now a high income state! pic.twitter.com/UkisFGWWFM
Ciapan itu menunjukkan Sarawak kini telah melepasi Ambang Pendapatan Tinggi 2022 dengan melebihi USD13,205 Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita.
Data itu turut menunjukkan Sarawak tergolong dalam kategori negeri berpendapatan tinggi di Malaysia bersama Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dan WP Kuala Lumpur.
Namun, Malaysia masih lagi sebuah negara berpendapatan pertengahan atas sejak lewat tahun 1980-an.
Fahami PCDS 2030, tingkat taraf hidup – Uggah
Pada masa sama, ciapan itu turut mendedahkan sebanyak 83 negara telah diiktiraf sebagai negara berpendapatan tinggi dengan kemasukan baharu negara Guyana dan Samoa Amerika.
Pada Julai 2021, Sarawak telah melancarkan satu dasar yang dipanggil Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang merupakan inisiatif untuk muncul sebagai negeri maju menjelang 2030 dan memberikan pendapatan tinggi kepada rakyatnya.
Fahami PCDS 2030, tingkat taraf hidup – Uggah
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin dengan kejayaan strategi itu berdasarkan pengenalan Pelan Tindakan dan Pelaksanaan (AIP) PCDS 2030 yang meletakkan dengan jelas langkah serta tindakan yang perlu diambil untuk mencapai pembangunan baharu itu. – TVS