Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin semasa meninjau kemajuan projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1 Kuala Baram, semalam. Foto: TVS.

Projek pengawalan hakisan pantai di Kuala Baram siap hujung tahun ini

MIRI, 6 Julai: Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1 Kuala Baram dijadualkan siap pada hujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, projek bernilai RM17 juta yang mula dibina pada 2021 itu kini siap 85 peratus.

“Projek ini penting untuk para nelayan kerana setiap hujung tahun mereka menghadapi masalah, seperti perahu mereka tidak dapat keluar dan tempat ini selalu banjir.

“Kita berharap dengan benteng pemecah ombak, dapat selesaikan masalah ini. Para nelayan juga dapat keluar dengan selamat menggunakan perahu mereka,” katanya ketika meninjau tapak projek berkenaan di sini, semalam.

Menurutnya, projek ini mengambil masa kerana berlaku perubahan pelan asal agar ia tidak menganggu pergerakan nelayan ke pantai.

Jelasnya, projek ini dijalankan bagi memudahkan pergerakan nelayan menangkap hasil laut memandangkan kawasan pantai Kampung Batu 1 sering dilanda banjir pada hujung tahun.

Benteng pemecah ombak akan bertindak mengawal hakisan tanah di kawasan pantai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan