Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Mukah tuan rumah Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2023

BySalasiah Safian

KUCHING, 6 Julai: Daerah Mukah dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2023.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah selaku menteri bertanggungjawab untuk sambutan berkenaan, tema yang dipilih ialah “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuh Harapan”.

“Kita berpegang dengan prinsip keterangkuman untuk perpaduan. Maknanya kita hendak pastikan bahawa setiap lapisan masyarakat tidak kira kaum, tidak kira bangsa, tidak kira agama.

“Kemudian tidak kira jantina dan juga merentasi pelbagai peringkat umur, untuk memastikan bahawa semuanya dilibatkan untuk tujuan perpaduan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada pihak Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak di pejabatnya di sini, hari ini.

Tambahnya, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan seperti Malam Ambang Kemerdekaan, Pentas Perpaduan, Sesi Townhall, Unity Talk dan Ratu Perpaduan.

Sementara itu, menurut Pengarah Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak Datu Mohamad Junaidi Mohidin, secara ringkasnya program yang dirancang akan melibatkan penyertaan masyarakat dari pelbagai bangsa, jantina dan umur.

Menurutnya, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dijadualkan hadir pada majlis berkenaan.

Dijangka seramai 1,500 orang akan menyertai acara utama, 1,000 orang menyertai Sesi Townhall, manakala Pentas Perpaduan terbuka kepada orang ramai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan