Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tusan Cliff yang mempunyai struktur seperti kepala kuda seakan-akan sedang meminum air, runtuh pada 2020. Foto fail: Lembaga Pelancongan Sarawak

Kerajaan lulus peruntukan bina replika ‘The Drinking Horse’ – Rosey

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 6 Julai: Replika ‘The Drinking Horse’ atau Tusan Cliff yang sebelum ini pernah menjadi tarikan pelancongan di Pantai Tusan akan dibina.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata masih terdapat beberapa proses dan prosedur pembangunan yang perlu dilalui di peringkat awal ini.

“Kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk membina semula replika yang akan dijadikan galeri nanti.

“Mungkin dalam tahun 2024 nanti akan ada. Kita dapat melihat bentuk (replika) itu. Kita akan buat bentuk (replika) semula sebab ia adalah sesuatu yang sangat unik dan menjadi tarikan di kawasan kita,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pertandingan Forum Remaja Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2023 di sini hari ini.

Tusan Cliff yang mempunyai struktur seperti kepala kuda seakan-akan sedang meminum air, runtuh pada 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan