Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemampanan sektor sawit kini merupakan isu global yang perlu ditangani bersama. Foto hiasan: Bernama

Kerajaan hadkan keluasan tanaman sawit untuk industri sawit mampan – TPM Fadillah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Kerajaan komited dalam menerajui kemampanan industri sawit termasuk mengehadkan keluasan kawasan tanaman sawit negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata bagi meningkatkan pengeluaran minyak sawit, usaha difokuskan kepada kawasan tanaman sedia ada melalui aktiviti penanaman semula menggunakan baka yang akan memberikan hasil tinggi dan menerusi amalan pertanian baik.

“Kemampanan sektor sawit kini merupakan isu global yang perlu ditangani bersama bagi keseimbangan antara kemakmuran ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya pada majlis perasmian Program Pemindahan Teknologi Sawit di ibu pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan