Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Kamil Othman. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Industri filem berpotensi sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negara – Pengerusi FINAS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Julai: Industri filem tidak hanya berfungsi sebagai sumber hiburan semata-mata, tetapi juga memainkan peranan penting sebagai jentera ekonomi negara yang berupaya menjana pendapatan lumayan.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Dato’ Kamil Othman berkata selaras dengan itu, beliau memberikan penekanan terhadap pembangunan bakat tempatan dan kemahiran dalam industri filem.

Dato’ Kamil Othman, Dato Norhyati Ismail dan Sarbini Hamdan bergambar untuk kenangan di pejabat TVS. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Ini termasuk kursus-kursus yang ditawarkan untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal dan kreatif para profesional dalam industri filem.

“Melalui latihan dan pendidikan berkualiti, bakat-bakat tempatan dapat diperkembangkan dan menghasilkan karya-karya berkualiti yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa,” beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke pejabat TVS di sini, hari ini.

Kunjungan berkenaan adalah untuk membincangkan potensi TVS dalam penerbitan cerita-cerita tempatan Sarawak. Sesi perbincangan itu disertai Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Ismail dan Pengarah Eksekutif SMG Sarbini Hamdan.

Menurutnya, FINAS lazimnya menawarkan kursus-kursus berkaitan pengarah, pelakon dan jurukamera filem.

“Namun, fokus baru FINAS adalah untuk mengembangkan pengajian berkaitan dengan kemahiran-kemahiran seperti rekabentuk produksi. Misalnya, apabila kita membuat filem tentang Kuching pada zaman lampau, (pihak penerbitan perlu tahu) bagaimana kita boleh mencipta suasana, seni bina dan pakaian yang sesuai,” ujarnya.

Tegasnya lagu, industri filem juga dapat mendorong perkembangan pelancongan, muzik dan fesyen.

Dengan penggambaran lokasi menarik dalam filem-filem, pelancong dari dalam dan luar negara berpotensi untuk melawat tempat-tempat tersebut, menyumbang kepada ekonomi tempatan.

“Malah, saya melihat potensi dalam reka bentuk produksi, misalnya dalam rekaan pakaian. Sekiranya sebuah filem menjadi popular, ia dapat mencetuskan trend fesyen.

“Kita juga dapat melihat potensi terhadap muzik skoring dan tarikan muzik. Kita perlu mempunyai potensi untuk mencipta lagu popular seperti ‘My Heart Will Go On’ oleh Celine Dion dalam filem Titanic. Lagu tersebut menjual filem dan filem itu menjual lagu. Akhirnya, kedua-duanya mendapat manfaat,” jelasnya.

Kamil berkata, kejuruteraan audio juga penting, justeru ia perlu dihasilkan sempurna.

“Kita perlu memahami apa itu foley, iaitu kesan bunyi. Kita pernah melihat filem seram tanpa bunyi. Kesan seram hilang sepenuhnya. Ini juga termasuk dalam reka bentuk produksi,” katanya.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa industri filem dengan melibatkan pelbagai segmen seperti produksi, pengarah, pelakon, dan jurugambar, mencipta peluang pekerjaan serta memperoleh pendapatan yang besar.

“Industri filem tidak hanya mencipta peluang pekerjaan bagi ribuan individu yang terlibat dalam setiap produksi filem, tetapi juga memberi kesan terhadap industri yang berkaitan seperti perkhidmatan katering, perkhidmatan pengangkutan, dan pelbagai sektor lain yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan dan produk berkaitan dengan filem,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan