Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Bernama.

Forum Remaja lahirkan pelajar kreatif, inovatif, peka isu semasa – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 6 Julai: Pertandingan Forum Remaja Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2023 merupakan platform bagi melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan peka terhadap isu-isu semasa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan adanya keupayaan sedemikian, ia juga mewujudkan kepintaran emosi dan intelektual dalam kalangan pelajar untuk menempuh kehidupan.

Datuk Rosey Yunus mewakili Premier Sarawak merasmikan Pertandingan Forum Remaja Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Miri, hari ini. Foto: TVS.

“Bersesuaian dengan dasar kerajaan dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, maka wajarlah pelbagai program keintelektualan diadakan antaranya seperti Forum Remaja ini.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh usaha yang mencorak akademik yang menjadi medan melahirkan warga bijak bersahsiah mulia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus pada Majlis Perasmian Pertandingan Forum Remaja Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Katanya lagi, penganjuran pertandingan seperti ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada percambahan budaya ilmu dalam kalangan pelajar.

“Saya yakin melalui pertandingan ini, para pelajar dapat mengasah kemahiran berhujah secara kreatif, kritis dan bernas. Kemahiran sebeginilah yang kita perlu ada bagi menyokong hasrat Kerajaan Negeri yang ingin menjadikan Sarawak maju makmur pada 2030.

“Kita perlu memastikan generasi muda sekarang mampu berfikir secara global untuk melihat kepentingan negara bangsa pada masa depan,” jelas beliau.

Abang Johari turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran program seperti ini.

Beliau turut mengharapkan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam merealisasikan impian untuk mewujudkan sebuah negara cemerlang dan bersatu-padu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan