Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato.

Bas jatuh gaung, 27 orang maut di Mexico

ByAFP

MEXICO, 6 Julai: Sekurang-kurangnya 27 orang maut di Mexico apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Oaxaca.

Pendakwa Raya Oaxaca, Bernardo Rodriguez Alamilla berkata seramai 17 orang lagi telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Insiden berkenaan berlaku di kawasan pergunungan.

“Bas yang dikendalikan syarikat pengangkutan tempatan dari bandar Mexico dan sedang menuju ke bandar Santiago Yosondua.

“Punca sebenar kejadian masih disiasat dan petunjuk awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kegagalan mekanikal,” katanya kepada AFP melalui panggilan telefon.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Mexico akibat pemanduan pada kelajuan tinggi, keadaan kenderaan yang uzur serta pemandu yang letih.

Mei lepas, sekurang-kurangnya 18 pelancong maut selepas bas yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Nayarit.

Pada bulan yang sama, 13 penumpang van terkorban selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah lori di Tamaulipas. – TVS  

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan