Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ting Ching Zung (tiga kiri) bergambar bersama replika cek sumbangan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd. Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah). Foto: TVS.

SBA sudah serah senarai pemain wakili Sarawak untuk SUKMA 2024

KUCHING, 5 Julai: Persatuan Badminton Sarawak (SBA) sudah menyerahkan senarai akhir pemain-pemain yang akan mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun hadapan.

Setiausaha SBA, Ting Ching Zung berkata, walaupun terdapat ramai pemain yang berkebolehan, namun hanya yang terbaik daripada yang terbaik akan dipilih.

Katanya, pihak SBA tidak dapat memuaskan hati semua pihak dalam pemilihan itu, ia dilaksanakan dengan adil berdasarkan prestasi pemain terlibat.

“Semua ibu bapa percaya anak mereka adalah yang terbaik tetapi kita hanya dapat memilih segelintir sahaja daripada mereka berdasarkan penilaian jurulatih-jurulatih SBA.

“Ketika ini kita pada peringkat latihan intensif dan akan memilih  lapan pemain yang terlibat dengan latihan itu ketika ini untuk mewakili Sarawak pada SUKMA 2024 di Sibu tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis penyerahan tajaan daripada Pertama Ferroalloys Sdn Bhd di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, SBA menerima tajaan berjumlah RM1.5 juta bagi pembangunan dan latihan atlet yang bernaung di bawah persatuan tersebut.

Kata Ting, selain aspek pembangunan sukan badminton, tajaan tersebut juga akan digunakan untuk menghantar atlet berlatih di luar negara sekali gus membantu menaikkan rangking dunia mereka.

Pada masa sama galakan juga diberikan kepada pemain yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memberikan semangat kepada pemain terlibat untuk berjaya bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi juga bidang pendidikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan