Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Anjung Usahawan Kampung Ladang Baru Lawas, hari ini. Foto: TVS

Lawas berpotensi menghasilkan produk untuk perdagangan rentas sempadan

LAWAS, 5 Julai: Lawas mempunyai potensi besar dalam perdagangan rentas sempadan khususnya dengan Indonesia dan Brunei, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, sejajar dengan potensi berkenaan kegiatan ekonomi di kawasan ini akan diperkasakan.

Katanya, pembinaan beberapa Anjung Usahawan berperanan sebagai platform untuk memajukan sektor industri kecil dan sederhana (IKS) dalam merancakkan lagi ekonomi setempat.

“Hasrat kita adalah untuk mengurus pusat pengumpulan di Lawas ini dengan lebih baik. Ia akan dihubungkan dengan Anjung Usahawan yang kita bina sekali gus berperanan sebagai kemudahan membantu memasarkan produk-produk kita hingga ke pasaran yang lebih luas,” ujarnya ketika merasmikan Anjung Usahawan Kampung Ladang Baru pada hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datu Ismawi Ismuni dan Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi.

Awang Tengah berkata lagi, kedudukan Lawas berhampiran dengan Brunei dan Indonesia memberi kelebihan untuk memajukan perdagangan rentas sempadan.

“Indonesia menempatkan ibu kota mereka ke Nusantara di Kalimantan Timur dan tempat yang dekat di Sarawak ini ialah Lawas dengan Belaga di Bahagian Kapit.

“Jadi ini akan memberi potensi yang besar dari segi perdagangan rentas sempadan dan kerajaan Malaysia dengan Indonesia sudah bersetuju mengkaji semula perjanjian rentas sempadan untuk meningkatkan lagi pergerakan penduduk di kedua-dua negara dalam memperkasa perdagangan rentas sempadan yang mempunyai potensi begitu besar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan