Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah) bergambar bersama calon-calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Foto: Bernama

Keputusan permohonan UPU diumum 7 Julai ini 

ByDayu Adruce

KUCHING, 7 Julai: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2023/2024 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 7 Julai ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, keputusan boleh disemak mulai 7 Julai 2023, jam 12  tengah hari hingga 16 Julai 2023, jam 5 petang melalui dua platform iaitu secara atas talian dan melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon. 

Menerusi platform secara atas talian boleh disemak melalui pautan yang telah disediakan iaitu, https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my dan  http://jpt.umt.edu.my. 

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 8 Julai 2023 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan. 

“Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 8 Julai 2023 hingga 16 Julai 2023 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),” ujarnya. 

Bagaimanapun, pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my. 

Permohonan rayuan tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh 10 hari mulai 7 Julai 2023, jam 12  tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5 petang. 

Manakala, rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline® . 

Dalam pada itu, KPT menegaskan bahawa tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan. 

Ujarnya, dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan. 

Sebarang pertanyaan berkenaan UPUOnline ® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus di talian 03 – 8684 2363, emel upu@mohe.gov.my, sistem maklum balas, https://jpt.mohe.gov.my maklumbalas/ atau UPUChat di http://upu-chat.ml/UPUChat/. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan