Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamid mula berminat untuk memelihara Puteri sejak menjumpainya di dalam parit berdekatan dengan rumahnya. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Hobi luar biasa Hamid pelihara ‘Puteri’ jadi bualan penduduk di Lingga

ByConnie Grace

LINGGA, 5 Julai: Menjadikan haiwan comel seperti kucing, anjing dan arnab sebagai haiwan peliharaan serta disayangi di rumah adalah biasa, namun berbeza pula dengan Hamid Kias yang memilih memelihara seekor buaya yang dibiarkan bergerak bebas dalam rumah sejak lima tahun yang lalu sebagai satu hobi.

Penduduk dari Kampung Agropolitan Pulau Seduku ini memilih nama ‘Puteri’ kepada seekor buaya betina yang mula menjadi bualan penduduk di sekitar serta menjadi tumpuan umum.

Sejak kehadiran Puteri, Hamid mengakui bahawa kehadirannya telah meletakkan nama Kampung Agropolitan yang terletak 37 kilometer dari bandar Sri Aman popular dalam kalangan pengunjung dalam dan luar. Foto: Connie Grace (TVS)

“Saya mula berminat untuk memelihara Puteri (buaya) ini sejak menjumpainya di dalam parit berdekatan dengan rumah kami dan memelihara dia sehingga sekarang.

“Ramai yang beranggapan bahawa buaya sangat ganas tetapi sejak saya memelihara Puteri, dia tidaklah berbahaya seperti yang kita fikirkan jika kita tahu cara untuk membelanya,” katanya ketika ditemui TVS, di Lingga pada Selasa.

Antara pengunjung yang mengambil gambar dengan Puteri. Foto: Connie Grace (TVS)

Sejak kehadiran Puteri, Hamid 53, mengakui bahawa kehadirannya telah meletakkan nama Kampung Agropolitan yang terletak 37 kilometer dari bandar Sri Aman popular di kalangan pengunjung dalam dan luar.

Menyedari potensi buaya yang berumur lima tahun, itu sebagai daya tarikan, Hamid telah mendapatkan lesen atau permit daripada Jabatan Perhutanan Sarawak bagi membolehkan haiwan itu dipelihara secara sah.

“Saya juga sudah mendapat lesen dari Jabatan Perhuatan Sarawak untuk saya memelihara buaya jenis Estuarine Crocodile ini secara sah,” ujarnya.

Hamid menunjukkan permit daripada Jabatan Perhutanan Sarawak bagi membolehkan haiwan itu dipelihara secara sah. Foto: Connie Grace (TVS)

Ketika ditanya mengenai penjagaan dan makanan Puteri katanya, dia akan membelikan anak buaya tersebut beberapa ekor ikan dan ayam untuk sekali dalam seminggu makan.

Buaya terbabit kini mempunyai berat lima kilogram dan empat kaki panjang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan