Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stesen TVS bakal menyiarkan beberapa program baharu seperti telemovie, majalah dan dokumentari hasil produksi Pitch-It pada bulan Julai ini. Bersempena dengan Hari Sarawak pada 22 Julai ini, pencinta sejarah dan dokumentari pastinya suka dengan pelbagai kandungan menarik yang tertumpu pada sejarah Sarawak hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. Foto: TVS

TVS meriahkan bulan Julai dengan program Pitch-It baharu

ByNurul Amarlina

KUCHING, 4 Julai: Stesen TVS menyiarkan beberapa program baharu seperti telemovie, majalah dan dokumentari hasil produksi Pitch-It pada bulan Julai ini. Bersempena dengan Hari Sarawak pada 22 Julai ini, pencinta sejarah dan dokumentari pastinya menyukai pelbagai kandungan menarik yang memfokuskan sejarah Sarawak hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

1. 90 Hari Sebelum Cinta Pergi

Zana (Wanna Ali) mempunyai tanggapan buruk terhadap selebriti disebab kisah silam keluarganya. Manakala, Zakee (Azam Pitt) pula merupakan seorang selebriti. Apakah yang terjadi antara mereka? Adakah Zakee mampu merubah tanggapan Zana?

Jangan lupa membuat temu janji dengan Wanna Ali dan Azam Pitt dalam telemovie ’90 Hari Sebelum Cinta Pergi’, siaran ulangan 29 Julai (Sabtu) jam 3 petang.

2. Sekolah Kamek Nang Champiyen

Sebuah program majalah 13 episod yang memaparkan kejayaan-kejayaan di Sarawak dari segi akademik, sukan, inovasi dan lain-lain yang mengangkat nama Sarawak mahupun antarabangsa. Program ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain. Juga merakam tokoh murid pendidik yang mempunyai sikap dan personaliti  untuk membantu dunia untuk menjadi lebih baik.

Saksikan ‘Sekolah Kamek Nang Champiyen’ bermula 4 Julai, setiap Selasa jam 9 malam.

 

3. Mee Kolok I Love U

Aaron (Haziq Fadhullah) dan Basil (Mazlan Hipni), dua sahabat yang gemar makan mee kolok kerap ke gerai kesukaan mereka, gerai Haji Borhan. Di samping menjamu selera, sebab utama mereka ke situ adalah kerana anak Haji Borhan iaitu Anieta (Arabyrd). Apakah yang mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan perhatian Anieta?

Jom tonton ‘Mee Kolok I Love U’ pada 16 Julai, jam 9.15 malam.

4. Khazanah Kenyalang Musim 2

Siri dokumentari Khazanah Kenyalang kembali dengan musim kedua. Siri ini tertumpu pada kisah-kisah menarik di sebalik 39 koleksi khazanah dan artifak terbaik di Sarawak. Koleksi khazanah ini disimpan di Arkib Sarawak (State Records Repository (SRR) Pustaka Negeri Sarawak sebagai khazanah yang signifikan dan bertaraf dunia.

Setiap episod akan menceritakan tentang tiga koleksi khazanah Sarawak secara terperinci yang meliputi pelbagai kategori termasuklah artifak, manuskrip dan audiovisual.

Anda boleh menonton Khazanah Kenyalang Musim 1 di saluran YouTube TVS:

Khazanah Kenyalang Musim 2 akan mula bersiaran mulai 22 Julai, setiap Sabtu jam 6.30 petang.

5. Pejalai Kamek Orang

Dengan hanya berbekalkan sebuah kamera, pelakon Tony Eusoff ‘berjalai’ ke lokasi-lokasi bersejarah untuk mengimbas kembali peristiwa zaman pemerintahan Brooke dari 1841 dan mendengar cerita daripada orang yang pernah mendengar, mengalami dan menyaksikan peristiwa zaman Brooke sehingga kemerdekaan Sarawak pada Julai 1963 dan akhirnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Saksikan dokumentari ‘Pejalai Kamek Orang’ bermula 23 Julai, setiap Ahad jam 6.30 petang.

 

 

6. Sarawak Women in History

Program dokumentari ini mengikuti kehidupan ikon wanita yang membela Sarawak dengan melawan stigma sosial dan mencipta sejarah tersendiri, seperti Lily Eberwein.

Jangan lupa menonton program majalah ‘Sarawak Women in History’ bermula 25 Julai, setiap Selasa, 6.30 petang.

 

Ikuti kami di laman sosial @tvstvmy dan @tvs_entertainment untuk pelbagai sajian program menarik dan info semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan