Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata identiti mangsa dikenal pasti selepas pengecaman oleh waris.
“Mayat dijumpai 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian iaitu di sektor B di belakang Masjid Kampung Dadong, di sini oleh penduduk kampung, 7.45 pagi tadi.
“Tujuh mayat telah ditemukan setakat ini dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Kepala air: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
Hanyan berkata mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Setakat semalam, enam mayat yang ditemukan dan dikenal pasti identitinya ialah Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Kepala air: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
Mangsa yang masih hilang ialah Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.
Kepala air: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
Dilaporkan Karim dan Azizah bersama tujuh anak mereka serta Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati pergi berkelah di jeram berkenaan pada Sabtu sebelum hilang dihanyutkan kepala air. – TVS