Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiang Bendera Kubu Lama ini telah didirikan oleh pemuda-pemuda di Lingga pada tahun 1850-an dan mempunyai ketinggian 100 kaki sebagai tanda kesetiaan kepada pemerintahan Rajah Brooke. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Tiang bendera berusia 100 tahun peninggalan Brooke di Lingga

ByConnie Grace

LINGGA, 4 Julai: Pekan Lingga bukan sahaja terkenal dengan ikan terubuk tetapi mampu dikenali sebagai salah satu destinasi ekopelancongan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, beliau telah menjalankan kerjasama bersama Jabatan Muzium Sarawak bagi menaiktaraf kawasan-kawasan peninggalan bersejarah.

Regata Lingga 8 – 10 Disember depan

“Untuk makluman, di Lingga ada satu tapak yang menempatkan satu tiang bendera yang sudah berusia lebih 100 tahun yang merupakan satu peninggalan Brooke di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Noorazah Awang Sohor menanam Pokok Ru semasa program Penanaman Pokok Sayang Sarawak di Dataran Pekan Lingga. Foto: Connie Grace (TVS).

“Bagi menambahbaik infrastruktur tempat itu, kita telah adakan satu kerjasama dengan pihak Jabatan Muzium Sarawak dan Pejabat Daerah Lingga untuk mencantikkan lagi kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah pelaksanaan yang akan dibuat bagi menaiktaraf infrastruktur ekopelancongan di Lingga, pada Selasa.

Tiang Bendera Kubu Lama ini telah didirikan oleh pemuda-pemuda di Lingga pada tahun 1850-an dan mempunyai ketinggian 100 kaki sebagai tanda kesetiaan kepada pemerintahan Rajah Brooke. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan