Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sidang media selepas perasmian Tadika SeDidik Penan di Long Leng, Baram. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

‘Saya bincang dengan pemimpin GPS dahulu’ – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

MIRI, 4 Julai: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pemimpin-pemimpin parti itu sebelum menghantar pasukan bagi membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan Tadika Sedidik Penan di Kampung Long Leng Layun, Baram, di sini, hari ini.

“Saya akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin GPS dahulu berhubung perkara ini,” jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon agar pemimpin dari GPS dapat membantu kejayaan kerajaan dalam PRN itu nanti.

Pengalaman dan keupayaan Sarawak dalam menghadapi PRN lepas diperlukan bagi membantu enam negeri di Semenanjung Malaysia yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan