Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Awang Azmil (TVS)

Penjawat awam perlu berintegriti, jaga amanah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 4 Julai: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa penjawat awam agar menjalankan tugas dengan amanah dan berintegriti.

“Saya berharap setiap penjawat awam yang ditugaskan untuk menjaga tempat-tempat tertentu dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab demi menjaga nama baik agensi atau jabatan yang mereka wakili serta negara dan negeri,” katanya ketika ditanya mengenai isu Menteri Persekutuan yang baru-baru ini campur tangan dalam kes dugaan rasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang melibatkan Pegawai Imigresen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, beliau tidak pasti sejauh mana kebenaran berita tersebut, tetapi maklum balas yang diterima, perkara-perkara itu memang berlaku.

Dedahnya lagi, setakat ini tiada sebarang laporan diterima yang pernah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

“Mengenai isu imigresen, apabila ada laporan dibuat, barulah kita akan mengambil tindakan. Sama seperti warga Sarawak yang lain, kita sering mendengar mengenai perkara seperti ini. Mungkin tidak di lapangan terbang, tetapi di sempadan. Saya sering mendengarnya, dan saya berharap perkara ini dapat ditangani juga.

“Sama seperti di jalan raya, kadang-kadang kita dihentikan dan sebagainya. Tetapi jika anda bersedia memberi dan menerima, dan kedua-duanya tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa, bagaimana kita boleh mengetahuinya?

“Jadi perkara seperti ini boleh berlaku. Kita berharap sesiapa yang diamanahkan sebagai penjawat awam untuk menjaga tempat-tempat tertentu, melaksanakan tugas dengan amanah. Kerana apa jua yang anda lakukan boleh mencemarkan nama baik agensi atau jabatan yang kita berkhidmat. Ia juga boleh mencemarkan nama negeri dan negara kita,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan