Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama.

Kerajaan Perpaduan sentiasa tinggikan syiar Islam, pertahan hak dan keadilan rakyat – Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Julai: Kerajaan Perpaduan akan sentiasa meninggikan syiar Islam dan memastikan hak serta keadilan rakyat Malaysia dipertahankan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di sini hari ini, Anwar berkata, beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk tujuan tersebut.

“Saya sebagai seorang Muslim tentu ada tanggungjawab dengan hak untuk pertahan.. hak meninggikan syiar dan keadilan termasuk kepada golongan bukan Islam.

“Dalam konsep Malaysia MADANI juga tidak lari daripada prinsip ini,” katanya yang turut meminta rakyat negara ini memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam konsep Malaysia MADANI.

Konsep Malaysia MADANI yang diperkenal pada 19 Januari lepas berteraskan kepada enam prinsip iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan Ihsan.

Dari segi tata kelola pentadbiran, Anwar menegaskan tidak akan mengizinkan amalan salah guna kuasa oleh pemimpin termasuk dirinya sendiri untuk menyakau hak rakyat.

Anwar juga menegaskan bahawa beliau bukan boneka sesiapa dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Alhamdulillah, umur saya akan mencecah 76 tahun dan saya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau boleh dibeli, saya sudah lama melencong,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Anwar berkata, kerajaan membuka ruang untuk mana-mana pihak yang berbeza pendapat namun ia mestilah tidak melanggar etika sedia ada.

“Boleh berbeza pendapat, ada ruang berbeza pendapat, ada disebut etika berbeza pandangan dalam Islam walaupun anda memutuskan untuk tidak bersetuju, terdapat prinsip etika yang mendasarinya. Tidak boleh kita langgar dasar etika,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan