Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas mengeluarkan 795 saman atas pelbagai kesalahan trafik. Foto: PDRM

31 ditangkap menerusi Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas

BySaibi Gi

KUCHING, 4 Julai: Seramai 31 individu ditangkap menerusi Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas Fasa 2 oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bermula 29 Jun hingga 2 Julai.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata daripada jumlah itu, 15 ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 12 (2) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi pencegahan jenayah memberi tumpuan di kawasan sasaran dan berisiko tinggi. Foto: PDRM

Menurutnya lagi, 11 tangkapan ke atas individu melibatkan lain-lain kesalahan jenayah, satu tangkapan melibatkan jenayah komersil dan empat tangkapan melibatkan kesalahan trafik.

“Objektif utama operasi ini dijalankan adalah untuk membanteras dan mencegah jenayah bagi kes-kes yang meningkat khususnya kes kecurian kenderaan, rondaan cegah jenayah di kawasan tumpuan ramai, kawasan sasaran dan berisiko tinggi termasuk melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi strategik,” katanya.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, beliau berkata sepanjang tempoh operasi tersebut, 8,926 kenderaan telah diperiksa merangkumi 4,784 kereta, motosikal (3,472) dan lain-lain kenderaan (670).

Selain itu, 795 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Operasi pencegahan jenayah seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras dan mencegah jenayah serta menjamin keselamatan masyarakat awam di kawasan setempat khususnya di bandar raya Kuching,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan