Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Erick Jusiang (dua,kiri) melakukan pemeriksaan kepada para penunggang motosikal pada Operasi Khas Aidiladha Siri 2/2023 di Jalan Pahang malam Ahad (2 Julai). Foto: Bernama

Tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh kesalahan terbanyak dikesan di KL

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Sebanyak 1,286 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha bermula Selasa lepas.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh merupakan dua kesalahan paling banyak dikesan dalam operasi yang berlangsung dari  27 dan 28 Jun serta 1 dan 2 Julai itu.

“Kesalahan tidak mempunyai lesen memandu melibatkan sebanyak 535 saman dan cukai jalan tamat tempoh pula sebanyak 237 saman.

“Lain-lain kesalahan pula antaranya melibatkan tiada insurans (204), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (115) dan tiada cermin sisi (58),” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi sekatan jalan raya di Jalan Pahang di sini.

Beliau menasihati orang ramai agar memastikan cukai jalan kenderaan mereka sentiasa diperbaharui walaupun kerajaan kini tidak mewajibkan ia dipamerkan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan seperti sita.

Erick juga berkata, dalam operasi yang turut disertai oleh Jabatan Imigresen itu, seramai 70 warga asing berusia lingkungan 23 hingga 45 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Warga asing yang ditahan melibatkan 59 lelaki serta 11 wanita dan mereka akan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi proses dokumentasi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan