KUCHING, 3 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau seterusnya dijadual menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Projek-Projek Kemajuan Desa dan Negeri Sarawak pada jam 11.30 pagi.
Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pangkalan Udara TUDM Kuching tepat jam 10.50 pagi semalam.
Beliau kemudiannya menghadiri beberapa program iaitu Majlis Ngiling Tikai di Sri Aman dan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Panjang Samu Ulu Paku Betong. -TVS