Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan cek bernilai RM10 juta kepada Lembaga Pengurusan Persatuan Sekolah Menengah Cina Swasta Bersatu Sarawak. Foto: Awang Azmil (TVS)

Kerajaan Sarawak serah geran RM10 juta bantu ringankan beban sekolah persendirian Cina

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 3 Julai: Kerajaan Sarawak menyerahkan geran bernilai RM10 juta bagi membantu meringankan beban kewangan 14 sekolah menengah persendirian Cina di negeri ini.

Geran tersebut diserahkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming, mewakili Lembaga Pengurusan Persatuan Sekolah Menengah Swasta Cina Bersatu Sarawak hari ini.

Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, penyerahan geran berterusan tersebut adalah bukti layanan sama rata Kerajaan Sarawak terhadap pelbagai aliran sekolah di negeri ini serta pengiktirafan terhadap sumbangan pendidikan Cina kepada Sarawak dan negara.

Menurut beliau, sekolah persendirian Cina beroperasi dengan sokongan dan kendalian komuniti dengan mengutip yuran secara minima daripada pelajar.

Walau bagaimanapun, katanya, kutipan minima yuran sekolah sahaja tidak mencukupi bagi mengurus perbelanjaan pentadbiran sekolah.

“Dengan penyerahan geran RM10 juta daripada Kerajaan Sarawak untuk sekolah Cina akan membantu meringankan beban pengurusan sekolah terutamanya sekolah Cina yang mempunyai bilangan pelajar yang kecil sekitar 100 hingga 300 orang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Cek yang diadakan di Pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM72 juta bermula tahun 2014 sehingga kini.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan