KUCHING, 3 Julai: JCB Engineering (M) Sdn Bhd menawarkan kepakarannya dalam bidang teknologi pengangkutan di Sarawak.
Pengarah Urusannya, Jacob Along menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak menerusi kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.
“Begitu juga dengan janakuasa elektrik yang kami cadangkan kepada Premier Sarawak.
“Dengan projek-projek pembangunan yang lain juga seperti jalan raya, sekolah dan sebagainya. Itu kami akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak,” katanya ditemui selepas sesi kunjungan hormat di Pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.
Turut menyertai kunjungan tersebut, Pengerusi JCB Engineering, Sulaiman Hassan, Penolong Pengarah Urusan JCB Engineering, Zeng Xiaoguang, Eksekutif Pembangunan Perniagaan JCB Engineering, Rohani Abang Wahab, dan rakan perniagaan JCB Engineering, Enoch Lee Kie Seng.
JCB Engineering (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2019 merupakan syarikat persendirian berpangkalan di Miri.
Antara perniagaan terasnya ialah perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan pengekstrakan minyak dan gas dan aktiviti pembinaan khas. – TVS